Senarai Blog Saya

Ahad, 29 September 2013

Produk Munif Hijjaz

Hari ni saya nak mencari peminat - peminat Produk Munif Hijjaz...teng...teng...teng... Ada ke ye diluar sana  mereka - mereka yang saya cari...

Siapa yang tidak kenal dengan Kumpulan Nasyid unggul di Malaysia ni kan... Lupa?????  tidak mengapa...mari saya perkenalkan...


 
Ha.... inilah dia orangnya... Dahulu menyertai kumpulan Nasyid bernama Hijjaz, dan sekarang beliau megeluarkan pelbagai produk wangian, minuman, malahan untuk kenderaan serta rumah  juga. Hebatkan beliau.
Inilah diantara produk - produk beliau yang begitu mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat khususnya di Malaysia.
 
perfume kereta @ rumah
 
susu kambing
 
kopi
 
kek lapis
 
dan pelbagai lagi produk keluaran Munif Hijjaz ... dan antara produk Munif Hijjaz yang paling laris ialah ...
 
 
 
tidak seperti perfume biasa aromanya...aduhhhh memikat sesiapa jua yang mencubanya... boleh di gantung didalam kereta , rumah, pejabat atau dimana sahaja mengikut kesesuaianya... didatangkan dalam botol 14ml  yang comel dan mampu bertahan selama 3bulan.... hanya rm15 sahaja. Cara nk guna cukup mudah, buka penutup kecil yang ada didalam penutup kayu, tutup kembali dengan penutup kayu dan tongengkan sahaja. Sedia untuk digunakan...mudahkan...
 
jika berminat untuk mendapatkan produk Munif Hijjaz boleh hubungi saya :
Rogayah Musa - 019-6449144 @ 013- 2494873
COD sekitar Kajang, Seri Kembangan, Hulu Langat dan yang kawasan berhampiran...
 

Sabtu, 28 September 2013

SIAPA KITA

Assalammualaikum....

Agak kebosanan sekarang kerana lap top dah diserang virus ... Masa ni plak virus ni nk lancarkan perang ...silap saya juga x beringat bak kata orang tua2 sediakan payung sebelom hujan...he..he..

Bila dah bosan layan facebook je la gamaknya... huh... panas jugak ye cerita isteri pemain bola sepak terkenal negara ( TERKENAL KE DER...) MAT YO... Ada yang kata carta no 1 warta dunia...he...he,,

Saya pun tertarik nak tahu apa benda yg diorang kecoh2 kan kat fb tu... saya buka laman youtube...huh! Memang cerita ni no 1 dlm laman youtube tu...tgk pakcik guard tu di temu bual wartawan... memang jatuh kesian  la ngan pakcik tu... sampai ada yg menawarkan khidmat guaman percuma dan x kurang pula penyokong tegar yang meyokong pemain kegemaran mereka walau hakikatnya mereka juga tahu.... hakikat sebenar...

Sedihkan bila tengok anak melayu sudah hilang rasa hormat mereka pada orang tua sedangkan ianya cuma perkara remeh temeh... Mungkin ada benarnya kata - kata Tun Mahadir " MELAYU MUDAH LUPA"...ha..ha...

Tidak kisahlah sapa menang sapa kalah bagi saya menghornati orang yang lebih tua adalah satu tanggungjawab anak - anak muda. Dan yang warga emas jangan kerana usia yang muda tidak lagi sesuai untuk dihormati. Di bumi Allah ni kita sama sahaja ..tetap menumpang... Jadi sama - sama lah kita menjaga tatasusila masing2 kan...

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan sahaja...


KENAPA 5 TAHUN @ LEBIH?

Assalammualaikum dan syukur kehadrat illahi... lap top saya sudah pulih sepenuhnya ..terima ya Allah....

Mari kita berkongsi lagi mengenai pelaburan .....



 
 
Kenapa Perlu Melabur Lebih 5 tahun?
 
Para pembaca sekalian, selalunya apabila kita ingin melabur dalam produk unit amanah ini kita akan disuruh menyimpan atau melabur untuk tempoh lebih 5 tahun. Tujuannya adalah bukan untuk suka – suka tapi ianya ada sebab yang tertentu.
 
Perlu diingat, semasa kita mula – mula melabur cthnya kita melabur RM5000.00, duit sebenar yang dilaburkan adalah RM4740.00. Ini adalah kerana duit pelaburan kita tadi akan ditolak terlebih dahulu dengan SERVIS CAJ sebanyak 5.5%.
 
Oleh sebab inilah kita perlu melabur untuk tempoh 5 tahun ke atas bagi menyerap atau mengambil balik duit servis caj yang telah ditolak tadi melalui keuntungan pelaburan dan dividen tahunan. Namun tidak semua dana dalam unit amanah ini memerlukan masa sehingga 5 tahun untuk mendapatkan balik servis caj tadi. Ada juga yang tak sampai setahun sudah dapat ambil balik kos servis caj tadi.
 
Jadi diharapkan para pelabur sekalian semakin faham dengan tujuan pelaburan jangka masa panjang yang disyorkan dalam pelaburan unit amanah ini. 
 
p/s servis caj hanya dikenakan semasa mula – mula melabur atau menambah pelaburan tetapi jika ingin mengelurkan wang, tiada caj dikenakan…
 
sekian terima kasih

Khamis, 19 September 2013

UNGKAIAN PERSOALAN

Beberapa soalan yang sering bermain di fikiran pelabur






1) Adakah wang pokok akan hilang/rugi?

Setakat ini setelah lebih 5 tahun dana-dana syariah ini diniagakan. Keuntungannya konsisten antara 20 – 45 % setahun.

Ada beberapa cara untuk mengekalkan keuntungan. :-

a) Apabila berlaku kemelesetan ekonomi kita boleh switch kan pelaburan kepada dana-dana/fund dlm bentuk bon-bon islamik kerajaan yg sudah pasti mendapat keuntungan.

b) Kita juga boleh mengeluarkan pelaburan kita bila-bila masa yang difikirkan sesuai. Insya Allah selepas 6 bulan kita akan mula mendapat keuntungan.Pelaburan ini cukup menguntungkan sebab itu KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan duit dan melabur di dalamnya. Bagi yang tiada EPF jangan lepaskan peluang melabur menggunakan cash.
2) Bagaimana hendak melabur?

a) Mudah sahaja. Isi borang tidak sampai 10 minit. Fotostat I/C depan belakang dalam kertas A4 dan boleh bank-in sendiri di mana-mana cawangan Public Bank atau boleh bagi pada saya (samada cheque atau cash). Pelabur akan mendapat copy borang bank-in dan sijil rasmi dari Public Mutual akan diposkan dalam masa 10-14 hari.

3) Baimana nak keluarkan duit?

a) Isi borang (tak sampai 5 minit) serahkan pada saya atau hantar sendiri ke Pejabat Public Mutual di Melaka Raya.

4) Bolehkah pelaburan dikeluarkan sebahagian sahaja?

a) Boleh5) Berapa lamakah jangka masa pelaburan?a) Bergantung kepada pelabur. Tetapi anda dinasihatkan melabur sekurang-kurangnya 2-3 tahun. Namun kalau nak jual dalam masa setahun atau kurang pun boleh tetapi untungnya tidaklah sama dengan keuntungan melabur dalam jangkamasa panjang.

6) Bagaimana keuntungan di berikan?

Anda akan mendapat 2 bentuk pulangan/keuntungan.:-
a) Dividen – akan diberikan minima sekali setahun. Tetapi terdapat juga kes di mana dividen diberi sebanyak 2 kali setahun.

b) Kenaikan harga saham. Anda akan mendapat lebih banyak keuntungan jika harga saham anda meningkat.Dividen + kenaikan harga = Jumlah keuntungan tahunan.Lain-lain soalan sila kemukakan.

PENTINGNYA SARAPAN

 
 
 
 
Assalammualaikum dan selamat pagi.... Mari kita bercerita kepentingan bersarapan pagi setiap hari... Lepas ni jangan lupa tau wajib bersarapan... sarapan pagi sebenarnya sangat penting.
 
 
KENAPA???????
 
4 SEBAB SARAPAN ITU PENTING
 
 
 
 

 
1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.

 Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan. Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus g...ranula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.

 Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.

 Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

4. Perlindungan terhadap sakit jantung.

 Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.



 
 
Tapi .... sebelum anda bersarapan campurkan 2 scoop Alpha Lipid Life Line dengan 150ml / 200ml air sejuk / mineral dan digoncang didalam bekas yang bertutup sehingga sebati dan diminum ketika perut kosong.
 
Selamat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga....
 
 
CALL / SMS / WHATSSUP / WECHAT SAYA
ROGAYAH MUSA
019- 6449144 @013- 2494873

Rabu, 18 September 2013

MENYIMPAN SAMBIL MERAIH KEUNTUNGAN YANG HEBAT

Menyimpan wang di dalam Unit Amanah Public Mutual ini sebenarnya memberikan anda peluang untuk meraih keuntungan yang hebat.

Keuntungan setahun dicatatkan sejak 5 tahun lepas purata antara 20 - 45 % setahun.

Simpanan Keuntungan Purata Setahun

Akaun Biasa, Fixed Deposite 2 - 3.5 %
ASB (KeHALALan dipertikaikan) 7-8 %
Tabung Haji 9 %

Amanah Saham Public Mutual lebih dari 20% sehingga 45%


Mana yang lebih menguntungkan? Sudah tentu menyimpan di dalam Amanah Saham Public Mutual lebih menguntungkan.

Mengapa perlu sertai Amanah Saham Public Mutual??

i) HALAL mengikut Hukum Syarak. Penasihat Syariah sentiasa memantau urusniaganya. Ianya halal selaras dengan undang-undang Malaysia sebab itu duit EPF boleh digunakan untuk melabur. KeHALALan ASB banyak dipertikaikan oleh Ulama’ termasuk Us Zaharuddin A Rahman yang jelas menfatwakan ASB HARAM.

ii) Keuntungan sangat kompetitif (purata lebih 20 % setahun). Sejak dilancarkan pada 1997 keuntungan sentiasa konsisten.

iii) Dikendalikan oleh Public Mutual anak syarikat Public Bank yang merupakan syarikat Amanah Saham terbesar di Malaysia di mana 32 % 'market' amanah saham di Malaysia di kuasai oleh Public Mutual.

iv) Mempunyai dana yang terbesar RM26.7 billion. Terdapat 1.6 juta pelabur telah menyertainya.

v) Memenangi 96 anugerah sejak 1999.

vi) Mempunyai Pengurus Dana yang berpengalaman dan berkemahiran.

ix) WANG EPF JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELABURAN INI. (MINIMA DLM AKAUN 1 RM55,000).

PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK DAN SISTEMATIK AKAN MENJAMIN MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA.

Untuk pelaburan cash pelaburan minima hanya RM1,000 dan pelaburan tambahan (top up) Cuma RM 100.00 bila-bila masa.

Selasa, 17 September 2013

PELABURAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK - ANAK

Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan pada illahi.. diberi kesempatan lagi untuk berkongsi cerita mengenai pelaburan.

Bagaimana dengan anda diluar sana ? Adakah anda sudah membuat pelaburan untuk anda , masa depan anda, anak2 dan keluarga tercinta? Alangkah bagusnya jika diberi kesempatan untuk menjengah Rumah Allah pada usia yang masih muda dan bertenaga... mampu mengelilingi dunia pada usia emas... mampu untuk menikmati hari - hari tua dengan hati yang tenang dan tidak terikat dengan hutang piutang? Masya Allah....






Kita membuat tabungan / penyimpanan kerana :
--> Untuk anak-anak belajar
--> Menunaikan Haji
--> Membeli rumah, kereta dsbnya
--> Sara hidup dimasa tua
--> Dan lain-lain

CADANGAN SAYA UNTUK ANDA

1)Pelajaran Anak-anak

KOS PENGAJIAN IPT IJAZAH SEKARANG = RM25,000.
KADAR INFLASI SEMASA = 3.5 %
KOS PENGAJIAN 15 TAHUN AKAN DATANG (TAHUN 2023)
RM25,000 x (1 + 3.5 %) ^ 15 = RM41,883.70

Katakan anda mempunyai anak berumur 3 dan 6 tahun

Untuk anak yg berumur 3 tahun akan masuk IPTA pada umur 18 tahun
Jika anda melabur RM3,000, untung 20 % setahun
Duit anda selepas 15 tahun = RM46,221.06

Untuk anak yang berumur 6 tahun akan masuk IPTA umur 18 tahun
Jika anda melabur RM5,000, untung 20 % setahunDuit ada selepas 12 tahun = RM44,580.50

ANDA HANYA PERLU MEMBUKA AKAUN SIMPANAN/PELABURAN DENGAN HANYA MINIMA RM1,000 DAN BOLEH MENAMBAH PENYIMPANAN MINIMA RM100.00 BILA-BILA MASA.
JADI ANDA TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH UNTUK MENCARI DUIT UNTUK MENAMPUNG PENGAJIAN ANAK ANDA DENGAN MENYIMPAN DI DALAM UNIT TRUST SYARIAH INI.



MELABURLAH DENGAN BIJAK DAN SEMOGA PELABURAN ANDA DI BERKATI...

HUBUNGI:- ROGAYAH MUSA 019- 6449144 / 013- 2494873...

IN SHAA ALLAH SAYA AKAN BANTU ANDA.

Sabtu, 14 September 2013

Hindari Kanser

Assalammualikum....

                        Mendengar khabar seorang sahabat akan menjalani pembedahan untuk membuang payudara sedikit sebanyak membuatkan saya berasa sayu dan hiba. Manakan tidak sahabat yang dulunya pernah menjadi rakan rumah sewaan suatu ketika dahulu mendapat penyakit yang digeruni oleh semua orang. Ianya hadir tanpa memilih rupa paras , jantina atau latar belakang .

Bagai sukar dipercayai di sebalik wajahnya yang ceria tersembunyi beribu luka. Saya merasakan diri ini terlalu kerdil disisi Illahi. Bagaimana jika saya berada ditempat beliau? Adakah saya setabah beliau? Saya menginsafi diri dan memanjatkan kesyukuran pada yang maha kuasa kerana tidak diberi ujian yang tidak mampu saya tanggung.

Disini lahir rasa kesedaran betapa pentingnya kesedaran kita terhadap penyakit yang bergelar KANSER! . Adakah anda tahu, peratus bilangan kanser menyerang dikalangan wanita di Malaysia?
 
Lihat sahaja carta diatas...begitu menakutkan bukan? Pengetahuan mengenai kanser seharusnya kita semai didalam diri kita sendiri. Pemeriksaan payu dara juga wajib kita lakukan sendiri atau boleh juga mendapat khidmat dari pakar - pakar kesihatan yang lebih arif. Disini saya paparkan bagaimana untuk membuat pemeriksaan payu dara sendiri.
 
 
Untuk mejaga kesihatan cara pemakanan juga harus dititk beratkan dan jangan dipandang remeh. Disamping itu juga jangan lupa amalkan supplement - supplement kesihatan untuk menjaga tubuh badan dengan lebih baik. Anda boleh mencuba Alpha Lipid Life Line dan Omega QoQ-10.
 
 

 photo alphalipid.jpg
 
 
 
 
 
 
 
Kedua - dua produk ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri, dan sangat - sangat digalakan untuk mereka menghidap kanser diperingkat awal kerana ia mampu untuk mematikan sel - sel kanser . Ianya bukanlah khusus untuk pengidap kanser sahaja, tidak kira apa jua yang berkaitan dengan masaalah kesihatan ianya dapat diselesaikan dengan berkesan jika diamalkan secara konsisten dan dijadikan amalan seharian.
 
Berminat untuk mendapatkan produk ini anda bolehlah menghubungi saya Rogayah Musa di talian 019 - 6449144 / 013 - 2494873 @
melalui Email rogayahmusa@gmail.com.
 
 

Jumaat, 13 September 2013

Simpanan di hari tua

Assalammualaikum semua...

Terasa pantas masa berlalukan..? Sekarang pun bulan September semakin rakus melebar sayapnya mencari bulan Oktober...Terasa juga usia semakin bertambah setiap detik. Terfikir diminda ` Bagaimana kehidupan kita di hari tua'

Pernahkan anda terbaca atau melihat sendiri artikel ini di dada akhbar? Apakah perasaan anda bila melihat artikel ini? Sudahkah anda bersedia menghadapi hari tua anda nanti?
 
 
 
 
Semoga Allah swt tidak memberi kita ujian hidup sebegini bila tiba di usia emas nanti.
 
Saya menyeru kepada semua pembaca mulia di luar sana buatlah pelaburan yang bijak dari sekarang.
Terlalu banyak cara untuk anda membuat simpanan atau pelaburan yang penting sila pastikan skim pelaburan anda berdaftar dan jangan mudah terpedaya dengan mereka yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang pantas. Semoga anda semua mendapat ikhtibar dan terbuka pintu hati untuk membuat simpanan dan selamat menjadi pelabur yang bijak.
 
Berminat ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya Rogayah musa di talian 019- 6449144 / 013- 2494873 @ Email rogayahmusa@gmail.com.
In shaa allah saya akan cuba membantu anda sedaya upaya saya...Sekian terima kasih...
 
Wassallam....
 

Khamis, 12 September 2013

Kuasa pulangan berganda

Asslammualaikum...

Mendengar sahaja tajuk kuasa pulangan berganda mesti ramai yang tertarik untuk membacanya kan...
Siapa dikalangan anda semua yang sudah membuat keputusan bijak untuk menyimpan? Pada yang belum anda patut baca ni dan bukalah minda anda seluasnya.

Menyimpan sejumlah wang yang banyak untuk perancangan persaraan atau pendidikan anak merupakan satu perkara yang agak sukar, tetapi tahukah anda dengan kuasa pulangan berganda , akan berasa hairan dengan berapa banyak dana anda boleh berkembang dengan memulakan pelaburan anda lebih awal.



 
 
 
 
Jika anda mula melabur lebih awal seperti encik Ahmad , jumlah pelaburan anda pada umur 55 boleh jadi 137% lebih banyak dengan modal pelaburan yang sama .Elemen penting dalam  pulangan berganda ialah semakin lama tempoh masa , semakin besar pertumbuhanya...
 
 Jadi bagaimana pertumbuhan pelaburan yang anda mahu , anda sahaja boleh tentukan.
 
Semoga anda mendapat menfaat dari coretan saya ini...sekian terima kasih....
 
Wassallam....
 
 

Rabu, 11 September 2013

Menfaat Pelaburan

wah... huru hara betul hidup sekarang... terkejar kejar mana satu nak wat dulu pun tak tau...ha..ha... Orang nak berblog awak pun nak gak ada blog... tak nak kalah...Orang lain blog cantik je tersusun blog aku??? Hai...Rogayah Musa apa lah yang sedang kau buat ni...(bermonolog sendiri)...ha..ha..

Assalammualaikum teman teman... Sambil layan lagu GABAN datang plak aidea nk mencoret sesuatu... Maaflah ..dah lama tidak berkongsi tentang pelaburankan... produk kesihatan pun sama.... untuk apa kaya kalau kita tidak sihatkan?



Hari ini saya nak sambung berkenaan menfaat malabur secara Islam...

Kecairan

Unit Amanah Patuh Syariah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan pergelutan minimum.Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10hari.
Bagi ahli - ahli prioritikami iaitu Mutual Gold dan Mutual Elite,  hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.

Kemudahan dan kemampuan

Pelaburan andah boleh dimulakan dengan hanya RM1000 dan pelaburan tambahan minima senayak RM100 sahaja...

Pendedahan Pelaburan

Unit Amanah Patuh Syariah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan anda dan menikmati pendedahan kepada kelas kelas asset patuh Syariah dan / atau Negara Negara berlainan.

Pengawalan
Unit Amanah Patuh Syariah adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.

Menfaat pulangan berganda

Unit Patuh Syariah memberi anda peluang melabur semula pendapatan / pengagihan untuk mengumpul kekayaan.

Kita berhenti disini dahulu ye...nanti sambung lagi....

Terlampau banyak benda nak dikongsikan disini, namun tak dapatlah saya bercerita terus disini..Takut nanti ramai yang bosan plak.

Berminat bley hubungi saya Rogayah Musa 019- 6449144 atau email saya rogayahmusa@gmail.com..

Khamis, 5 September 2013

Bukan kerana minyak...

Assalammualaikum semua....

Huh! Ada lagi ke mereka2 diluar sana yang merintih dan keluh kesah dengan kenaikan harga minyak kelmarin... Ada yang saya tengok dalam FB karikatur2 menyindir pemimpin kita hari ini dan x ketinggalan juga yang sanggup berbogel sebab x puas ati...ha..ha.. Saya hanya mampu gelengkan kepala dan kadang2 beristighfar panjang bila ada kata2 yg x sepatutnya kita luahkan didalam FB kita luahkan...
Teingat saya akan kata2 ustaz Don.."bila kita marah tolong jaga mulut"....erm...renung2kan lah .... mengadulah pada yang Esa...moga2 DIA mendengar keluh kesah kita...

Tapi sekarang ni saya bukan nak bercerita tentang kenaikan harga minyak , saya nk berkongsi kejadian yang berlaku semalam di tempat letak kereta dimana tempat saya bekerja....(lokasi dirahsiakan ye)...ha..ha,,Saya betol2 tak faham dengan keperihatinan ibu bapa zaman sekarang yang suka meninggalkan anak yg sedang nyenyak tidur dalam kereta dengan pintu berkunci , penghawa dingin terpasang , yang makin membuatkan saya bertambah tidak faham kunci pun  tertinggal dalam kereta..... Dengan cuaca matahri yang panas.... Allahuakbar....

Hairan saya melihat manusia2 yang sebegini...x sayang anak ke... Susah payah mengandung sembilan bulan dah keluar buat sambil lewa je... Dalam media masa dan eletronik pun banyak saya rasa padahnya meninggalkan anak berlama lama didalam kereta dengan engine dan penghawa dingin terpasang apatah lagi dengan pintu dan tingkap tertutup rapat...

Saya memerhati dari dalam pejabat tempat saya bekerja , seorang wanita berbaju kurung menjerit2 memanggil anaknya yang berada didalam kereta.Sangkaan saya mungkin anaknya masih kecil dan suka bergurau bila namanya dipanggil.. makin lama saya perhatikan semakin agresif cara wanita itu memanggil nama anaknya...siap goyang2 kereta lagi... mungkin sudah panic...

Saya jadi hairan dan terus menghampiri wanita terbabit..baru lah saya tahu anak dia sedang tidur nyenyak didalam kereta.. Erm...nak marah perempuan tu sudah agak berusia dan layak saya panggil kakak je kot....ha..haa.( perasan muda...) Saya ikhlaskan hati dan tolong cuba kejutkan anak dia tanpa bnyak soal...Dalam masa lebih kurang 10 minit anak dia bangun dari tidur terpisat2... Saya pesan dengan kakak tu...lepas ni tolonglah jangan tinggalkan anak berlama lama didalam kereta...terlalu bahaya....

Erm..apa pandangan anda semua... ini tiada kaitan langsung ekk dengan kenaikan minyak kelmarin...ha..ha.. Saya cuma mahu anda semua selalu berhati hati ..termasuklah diri saya sendiri...
Semoga kita ingat mengingati antara satu sama lain...itulah yang di namakan UKHWAH SESAMA UMMAH...

Wassalam....

MASAALAH SEMBELIT????


Assalammualaikum dan salam perkongsian lagi dari saya ...

Siapa diantara kita yang mengalami masalah pembuangan?? Erti kata lain SEMBELIT!!!





Wahhhhh.... Kita sebenarnya tidak perlu untuk berasa malu untuk berkongsi masaalah terutama tentang masaalah kesihatan.Ramai diantara kita banyak meluahkan perasaan tidak puas hati, masaalah rumah tangga dan berbagai lagi.. JOM KITA UBAH dari sekarang... Mencari jalan penyelesaian berkaitan masaalah kesihatan dan tubuh badan kita... Ini lagi pentingkan...

Allah swt telah mengamanahkan kepada kita bentuk tubuh badan yang sangat - sangat sempurna... Jadi , kita adalah pemegang kepada amanah itu sehinggalah nyawa terpisah dari badan...

Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda adalah satu produk yang terbaik dari ladang dan amat2 bagus jika kita amalkan untuk membersihkan usus. Adakah kita mampu untuk memberus usus kita sendiri sehingga bersih? Atau adakah boleh kita cuci usus dengan sabun , peluntur dan sebagainya???
Sudah tentu jawapanya TIDAK kan... Itu semua diluar kemampuan kita semua..

Namun dengan ada nya FIBERMAX kita mampu untuk membersihkan kolon kita yang entah berapa lama kita tidak mampu untuk membersihkanya...



 
 
 
FiberMax – Suplemen Serat Makanan Semulajadi (untuk membantu mereka yang susah untuk buang air besar)
• Lima jenis serat larut
• Larut dalam air dan jus
• Enak dan serbaguna
• Pek ekonomi baru bersaiz 420 gm / tin
• Membantu penghadaman yang sihat untuk jangka panjang
New Image FibreMax terdiri dari campuran ekstrak akar chicory, psyllium, serat soya, dedak gandum dan pektin. Bahan-bahan tersebut diformulasikan sebagai bahantara untuk membersihkan usus secara selesa dan berkesan. Campuran lima serat semulajadi dalam FiberMax dipilih berdasarkan sifat khususnya yang istimewa.
Sekiranya anda berdiet, pengambilan serat campuran yang disyorkan adalah sebanyak 30 gm ke 40 gm sehari akan membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih baik dan berkesan.
Ekstrak Akar Chicory
Serat larut akar chicory diekstrak tanpa menggunakan bahan kimia tetapi dengan hanya menggunakan air yang mendidih sahaja. Ekstrak ini mempunyai rasa manis yang semulajadi tetapi tidak diserap oleh usus kecil menjadikannya selamat untuk kegunaan pesakit kencing manis dan orang yang berdiet rendah karbohidrat.
Penyelidikan yang mendalam telah menunjukkan pengambilan ekstrak akar chicory yang sederhana boleh meningkatkan (5 ke 10 kali lebih banyak) dengan ketara kebaikan bifidobakteria didalam saluran usus. Pada masa yang sama, kehadiran bakteria yang tidak dikehendaki juga dapat dikurangkan dengan banyak. Ini membuktikan bahawa setiap gram esktrak ini telah memberi menafaat yang istimewa kepada bifidobakteria, dengan merangsang metabolism mereka serta meningkatkan aktiviti, yang berpotensi membentuk usus yang lebih sihat.
Psyllium
Kebanyakan jenis serat boleh larut mengalami proses penapaian didalam usus menyebabkan ia kurang berkesan terhadap pemukalan najis. Pysillium (sejenis serat larut), yang merupakan bahan sekam dari Plantago ovato, terkecuali dari proses penapaian ini dan ianya sangat bermenafaat dalam kesan pemukalan najis. Serat tidak larut yang bersumberkan gandum, selalunya tidak memberikan apa-apa kesan kepada bahagian awal sistem usus. Ini menunjukkan bahawa serat tidak larut tidak memberikan apa-apa menafaat dalam menurunkan kolesterol jika dibandingkan dengn serat boleh larut.
Psyllium telah menunjukkan kesan penurunan kolesterol yang ketara didalam darah dan selanjutnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Psyllium, hampir boleh dipanggil serat “ajaib”  kerana ia mengandungi kedua-dua fungsi serat larut dan juga serat tak larut.
Serat Soya
Serat soya juga memberikan menafaat yang berkaitan dengan kedua-dua serat larut dan sumber serat tidak larut. Menafaatnya adalah seperti berikut:
  • Membaik pulih fungsi penghadaman didalam usus
  • Mengurangkan kadar serum kolesterol bagi individu yang menghidapi hiperkolesterolemia apabila diambil sebagai sebahagian dari diet lemak yang diubahsuai
  • Membantu untuk melaraskan kadar gula didalam darah secara berterusan untuk individu yang normal
  • Meningkatkan sensitiviti insulin kepada pesakit yang menghidapi masalah toleransi glokosa
  • Meningkatkan toleransi glukosa kepada pesakit obes yang menghidapi diabetis
  • Serat soya juga menyelaraskan fungsi usus – dengan mengawal masalah sembelit dan juga cirit birit

Dedak Oat
Dedak oat terdiri dari serat larut yang juga dikenali sebagai glucosan beta-D. Apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi sangat likat. Beberapa penyelidikan telah dibuat tentang kesan penurunan kolesterol terhadap pengambilan dedak oat.  Ia menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi mendapat kesan yang lebih baik dari mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal. Namun begitu, mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal juga boleh mendapat banyak menafaat jika meningkatkan pengambilan dedak oat.
Pektin
Pektin juga adalah serat larut yang lengkap dan dihasilkan dari esktrak kulit buah citrus atau apel. Ia juga mempunyai kesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan merupakan agen yang penting dalam penjagaan kesihatan usus.

Campurkan FiberMax kedalam setiap hidangan SD2  untuk penurunan berat yang lebih berkesan.

Berminat untuk memilikinya??? Boleh hubungi saya Rogayah Musa di talian:

019 - 6449144 / 013 - 2494873 melalui Call / Sms / Whatssup / Wechat @
Email : rogayahmusa@gmail.com

KURUS DENGAN BERKESAN


RAHSIA TERBONGKAR!!!!!!



8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan

Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?

Biar saya beritahu anda satu rahsia:
Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...

Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:

1. Kawal Pemakanan Anda
  • Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
  • Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
  • Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

  • Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
  • Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
  • Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

  • 3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
    • Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
    • Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
    • Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
    • Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana

    4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
    • Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
    • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
    • Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
    5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
    • Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
    • Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan. 
    6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
    •  Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
    • Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
    • Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!
    7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
    •  Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 
    • Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
    • Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di sini.
    8. Positifkan Diri Anda
    • Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
    • Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
    • Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
    Semoga Berjaya!

    Saranan / Cadangan saya :


    Sila dapatkan dari pengedar yang yang sah kerana anda akan dilindungi insurans RM38juta... Dan ada free gift!!!

    Call/ sms/ wassup / wechat / saya laju laju:
    Rogayah Musa - 019- 6449144 @ 013 - 2494873. @

    Email terus:
    rogayahmusa@gmail.com











    Selasa, 3 September 2013

    test market je

    Assalammualaikum...

    Sambil2 berkongsi mengenai simpan dan pelaburan saya nk test gak market kalau2 ada sesiapa yang berminat nk mencuba produk2 yang saya yakin keberkesananya , kualitinya dan yang penting halal 100%...sebagai penguna kita dilindungi insurans bernilai rm38juta kalau terdapat kesan terhadap pengunaan produk ni...jeng..jeng......

    Tapi......syaratnya produk ni mesti dibeli melalui agen yang berdaftar macam saya tau...no toko2 jamu...k....

    Mungkin ada yang tau mengenai produk ni, mungkin tau lama dah...mungkin tau n wat2 x tau sudah....ubatkan banyk....he..he,. Jgn u alls... mencegah lebih baik mengubati tau...sampai bila nk mkn ubat je...kalau ubat lg bnyk dr nasi mcm mane tu....

    Produk ni merupakan suplement makanan kesihatan...bukan REPLACEMENT ye...ingat....SUPLEMENT... iaitu makanan tambahan untuk kesihatan...nk tambah sihat gunalah produk ni...in shaa allah...amat2 berkesan...saya sendiri mengunakanya untuk kesihatan saya dan anak yang berumur 4tahun... kami ada keturunan asma@lelah...dulu klinik mmg wajib pergi setiap 2 bulan...sedut gas la apa lg...skrg kalau pergi klinik sbb malas nk pergi kerja je...ha..ha.. jgn folow yg x baik ye...folow yang baik2 jew...

    Ada juga dikalangan testimoni yang mengidap penyakit yang perempuan mcm saya takut sekali....KANSER......ha..sape yang tak takutkan....tapi boleh sembuh ngan mengamalkan produk ni.... memang menakjubkan...demi allah.... itu yang membuatkan saya teruja untuk mengamalkan produk ni... saya x kata beliau sembuh dari kanser kerana produk ni ye....kita hanya berusaha...Hanya allah lah penyembuh segala penyakit...ku fayakun.... beliau pun berusaha untuk sembuh dengan mengamalkan produk ini secara konsistan disamping doa dan tawakal pada allah... hasilnya beliau sembuh 100% dan kanser juga sudah tiada...

    Alhamdulillahkan... nk tau produk apa.??

    TARRAAAAAAAAA



    Inilah produk supperr gilerrr yang saya maksudkan tadi...kalau sesiapa berminat nak tau lebih lanjut, atau nak memilikinya pm la saya...

    Harga bukan ahli RM180.00
    Harga Ahli RM 150.00
    Postage Rm 6.00 
    1 tin untuk penggunaan selama SEBULAN ye...
    Cara pengambilan cukup mudah, hanya campurkan 2 scoop Alphalipid Bersama 150ml/ 200ml air sejuk / mineral dan goncang didalam bekas bertutup sehingga sebati.
    Diambil /sesuai diminum pada waktu pagi ( sebelum sarapan ) semasa perut kosong.

    kalau berminat boleh hubungi saya Rogayah Musa di talian:

    019- 6449144 @ 013-2494873 bley wassup# wechat# sms @ email ke rogayahmusa@gmail.com

    ok... Saya hanya sekadar berkongsi dan moga kita  mendapat menfaat bersama.....

                                                                       Wassalam...





    Isnin, 2 September 2013

    Menfaat melabur

    Assalammualaikum dan salam merdeka serta salam Aidil Fitri saya ucapkan pada pembaca semua..
    Rasa belum terlambat lagikan untuk saya mengucapkanya pada anda semua..

    Memandangkan jadual kerja dan jadual menjadi suri rumah begitu padat , agak terlupa hampir2 4 hari saya tidak mencoretkan apa2 maklumat pelaburan bersam anda. Al maklumlah dunia Blogger ni masih baru dan saya masih merangkak rangkak lagi sudah tentu memang payah untuk saya membahagikan waktu . Tanpa melengahkan masa saya kongsikan sedikit menfaat melabur secara Islam kepada anda, sebagai pengetahuan asas sebelum anda membuat keputusan tepat untuk menjadi seorang pelabur yang bijak.

    Pengurusan dana yang profesional

    Unit amanah patuh Syariah diuruskan berlandaskan Syariah oleh pengurus dana professional yang diluluskan sahaja. Jadi anda tak perlu lah risau mengenainya.

    Kepelbagaian

    Unit amanah patuh Syahriah membantu anda mempelbagaikan pelaburan anda dalam sesebuah portfolio pelbagai sekuriti patuh Syariah bagi meminimumkan risiko kemeruapan.

    Pertumbuhan Modal/Aliran Pendapatan

    Unit amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan / atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan anda.

    Berlandaskan Kehendak Syariah

    Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana2 adalah mengikut kehendak Syariah.ZI Shariah Advisory services adalah merupakan Penasihat Syariah bagi kesemua dana patuh Syariah Public Mutual.

    Ok... Macam mana...??

    Saya berhenti disini dulu, nanti anda semua tertido plak bila baca entri saya ni..ha..ha.. Nanti In Shaa Allah  bila ada kelapangan saya akan update lg 3 hingga 4 perkara lagi berkenaan menfaatnya dalam pelaburan patuh Syariah ni ye... Bijak dahulu bijak sekarang...bijak...bijak..bijak... sape pernah dengar...ha..ha...

    Wassalam...