Senarai Blog Saya

Jumaat, 30 Ogos 2013

Mencapai kebebasan kewangan

Asslammualaikum....

Pada hari jumaat yang mulia ni saya doakan semoga kita semua berada didalam lindungan NYA dan sentiasa diberkati hendaknya....

Seperti biasa saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana kita mampu mencapai kebebasan kewangan...

Sama ada ianya untuk menabung bagi pendidikan anak atau persaraan yang selesa, kita memerlukan wang untuk mencapai matlamat kewangan kita.Melabur dalam dana Unit Amanah patuh syariah memberikan anda lebih peluang untuk membuat pelbagai pilihan untuk menambahkan wang anda dan mencapai kebebasan kewangan secara ISLAM...

APAKAH UNIT AMANAH PATUH SYARIAH.....

Ia merupakan satu skim pelaburan kolektif patuh syariahyang memberikan para pelabur peluang untuk melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrument pasaran modal islam.
Unit amanah patuh syariah diuruskan oleh pengurus dana profesional mengikut kehendak syariah...

Esok kita cerita plak pasal menfaatnya melabur secara islam ye.... semoga kita semua mendapat menfaat dr catatan saya ini..terima kasih...

Wassalam....








Rabu, 28 Ogos 2013

Inilah kehidupan

Assalammulaikum dan terima kasih saya ucapakan kepada anda yg sudi meluangkan waktu menjengah kelaman blog saya...

Memang saya x sangka ramai juga yang sudi meluangkan masa untuk menjengah blog saya yang masih tungang langang ni.. Mungkin kerana dunia blogger ni mmg perkara baru yang hadir dlm hidup saya, menjadikan saya seperti kesempitan waktu untuk menulis...

Terkini terima kasih saya ucapkan kepada seorang sahabat yang sudi berkongsi sesuatu perkara penting yang memang saya tidak ketahui kesan dan akibatnya dr penulisan saya diblog... Sudah tentu saya mahu panjatkan syukur pada illahi kerana memberi saya petunjuk disaat saya dibuai keterujaan didalam penulisan diblog...

Mungkin selepas ini banyak perubahan yang akan saya lakukan diblog2 saya yg terdahulu kerana saya juga seperti mereka2 yg mencari rezeki dan ingin dikongsikan bersama anda diluar sana tetapi cara untuk memperkenalkanya sangat terhad dan sensetif...

Besar harapan saya semoga anda semua dapat memberi respon dan berkongsi sesuatu kepada saya seandainya ada kekurangan dan kekilafan dari penulisan saya...

Inilah sahaja yang ingin saya kongsikan buat tatapan anda semua... segala yang baik datang dr Allah taala dan yg kurangnya tentunya dari saya manusia biasa....

Wassalam....


Ahad, 25 Ogos 2013

Kewangan dan pelaburan

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pada entri ini saya ingin menjelaskan bahawa kita sebenarnya boleh membuat pelaburan dengan 3 cara yang mudah dan mengikut kemampuan masing2... Cara2nya ialah...


1. Pelaburan Secara Lump Sum
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).
Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1.keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2.keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!
    2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!



 Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau anda mempunyai bermacam2 persoalan boleh la anda menghubungi saya Rogayah Musa di talian 019- 6449144 @ 013- 2494873 secara terus atau sms/ wassup/wechat/ email ke annmusa78@gmail.com/ rogayahmusa@gmail.com..In shaa Allah saya akan mencuba sedaya upaya untuk menjawab sebarang persoalan dr anda...

Terima kasih dan kita akan bercerita lg di entri akan datang ye....

Wassalam....

Jumaat, 23 Ogos 2013

Cara mudah menyimpan

Assalammualaikum

Seperti yang telah saya janjikan , saya akan meneruskan cerita bagaimana mudahnya melabur di Unit Amanah melalui caruman KWSP anda....

Saya mulakan dengan pengenalan mengenai pelaburan ini dan fikirkanlah bagaimana mudahnya kita menyimpan tanpa mengeluarkan sesen pun wang poket dan biarkanlah caruman kita tu bertambah dan semakin bertambah, mungkin kita tak Nampak faedahnya sekarang...tinggulah bila kita dah bersara nanti... masa itu barulah kita terfikir knp bukan dari awal lg kita tidak mengambil peluang yang orang lain berikan kepada kita..
 
Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:
Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP
•Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
•Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan.
Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Setiap pelaburan mesti ada syaratkan?.... so saya sambung esok ye... kalau x sabar nk tau bley hubungi saya Rogayah Musa @ annmusa  dengan cara  whatssup/ Wechat/ sms di talian 019- 6449144 @ 013 - 2494873.. X pun email terus kepada rogayahmusa@gmail.com/ annmusa78@gmail.com / melalui Facebook annmusa ...



Selasa, 20 Ogos 2013

Pengenalan penulis blog ini


Assalammualaikum wtb dan salam sejahtera ...

Berkat kesyukuran saya panjatkan pada illahi dengan lahirnya blog saya ini membuatkan saya semakin teruja dan semakin bersemangat untuk berkongsi ilmu, pengetahuan serta produk kepada anda semua. Kepada anda yg sudi menjengah ke laman blog saya, berjutaan terima kasih saya ucapkan semoga kita dapat berkongsi sesuatu yang mungkin kita baru tahu pada hr ini , dan semoga kita sama2 mendapat shafaat dan keberkatan dr yg maha kuasa... Yang baik semuanya dr allah dan yang serba kekurangan dari saya manusia biasa....

Sudi sudikanlah baca ye...terima kasih...