Senarai Blog Saya

Isnin, 14 Oktober 2013

RENDANG UDANG HARIMAU AIDIL ADHA

Assalammualaikum dan salam Aidil Adha...

Lama saya tidak mencoretkan apa - apa dalam blog ini untuk perkongsian kita bersama. Kekangan masa membuatkan saya rindu untuk mencoret di sini.

Rasanya baru sahaja usai kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa bulan yang lepas. Kini kita menyambut ketibaan Aidil Adha pula. Sama seperti Raya puasa, bila tiba Aidil Adha kita semua sibuk memasak juadah untuk di makan selepas bersembahyang raya esok. Bagi kita yang sudah dewasa raya Aidil Adha tidak lah semeriah Hari Raya Puasa. Berlainan pula dengan kanak -  kanak yang sememangya teruja untuk beraya di rumah sanak saudara dan rakan- rakan sepermainan.

Bila bergema takbir jauh disudut hati berbagai perasaan yang menjengah. Namun tetap syukur dipanjatkan pada illahi kerana diberi peluang lagi menikmati kemunculan Aidil Adha. Wajah ayah dan bonda berlegar legar diruang mata...Ya Allah...Rindunya menatap wajah kalian... Namun saya redha dengan ketentuan illahi.Moga - moga kalian bersama mereka - mereka yang beriman... (al- Fatihah)...

Kepada semua pembaca blog serta teman - teman Selamat Hari Raya Aidul Adha...Sentiasa berwaspada dan berhati - hati tidak kira dimana sahaja destinasi yang kalian tujui. Berbelanjalah secara berhemah kerana di sekeliling kita masih ada yang kurang berkemampuan.

Salam Aidil Adha , terima kasih. dan saya sudahi dengan resepi rendang udang harimau kegemaran saya. Sekali sekala kita ubah la selera....









BAHAN-BAHAN

* 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan
* 1 senduk cili kisar
* 1 biji bawang besar *
* 4 ulas bawang putih *
* 2 hiris halia *
* 4 sb serbuk rempah kari
* 2 batang serai - dititik
* 2 lembar daun kari - dipetik2
* 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
* 3 sb penuh kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* 1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa
* minyak utk menumis

PENYEDIAANNYA

1. Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik,gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.Matikan api dan siap utk disajikan.

Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan