Senarai Blog Saya

Isnin, 2 September 2013

Menfaat melabur

Assalammualaikum dan salam merdeka serta salam Aidil Fitri saya ucapkan pada pembaca semua..
Rasa belum terlambat lagikan untuk saya mengucapkanya pada anda semua..

Memandangkan jadual kerja dan jadual menjadi suri rumah begitu padat , agak terlupa hampir2 4 hari saya tidak mencoretkan apa2 maklumat pelaburan bersam anda. Al maklumlah dunia Blogger ni masih baru dan saya masih merangkak rangkak lagi sudah tentu memang payah untuk saya membahagikan waktu . Tanpa melengahkan masa saya kongsikan sedikit menfaat melabur secara Islam kepada anda, sebagai pengetahuan asas sebelum anda membuat keputusan tepat untuk menjadi seorang pelabur yang bijak.

Pengurusan dana yang profesional

Unit amanah patuh Syariah diuruskan berlandaskan Syariah oleh pengurus dana professional yang diluluskan sahaja. Jadi anda tak perlu lah risau mengenainya.

Kepelbagaian

Unit amanah patuh Syahriah membantu anda mempelbagaikan pelaburan anda dalam sesebuah portfolio pelbagai sekuriti patuh Syariah bagi meminimumkan risiko kemeruapan.

Pertumbuhan Modal/Aliran Pendapatan

Unit amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan / atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan anda.

Berlandaskan Kehendak Syariah

Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana2 adalah mengikut kehendak Syariah.ZI Shariah Advisory services adalah merupakan Penasihat Syariah bagi kesemua dana patuh Syariah Public Mutual.

Ok... Macam mana...??

Saya berhenti disini dulu, nanti anda semua tertido plak bila baca entri saya ni..ha..ha.. Nanti In Shaa Allah  bila ada kelapangan saya akan update lg 3 hingga 4 perkara lagi berkenaan menfaatnya dalam pelaburan patuh Syariah ni ye... Bijak dahulu bijak sekarang...bijak...bijak..bijak... sape pernah dengar...ha..ha...

Wassalam...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan