Senarai Blog Saya

Sabtu, 28 September 2013

KENAPA 5 TAHUN @ LEBIH?

Assalammualaikum dan syukur kehadrat illahi... lap top saya sudah pulih sepenuhnya ..terima ya Allah....

Mari kita berkongsi lagi mengenai pelaburan .....



 
 
Kenapa Perlu Melabur Lebih 5 tahun?
 
Para pembaca sekalian, selalunya apabila kita ingin melabur dalam produk unit amanah ini kita akan disuruh menyimpan atau melabur untuk tempoh lebih 5 tahun. Tujuannya adalah bukan untuk suka – suka tapi ianya ada sebab yang tertentu.
 
Perlu diingat, semasa kita mula – mula melabur cthnya kita melabur RM5000.00, duit sebenar yang dilaburkan adalah RM4740.00. Ini adalah kerana duit pelaburan kita tadi akan ditolak terlebih dahulu dengan SERVIS CAJ sebanyak 5.5%.
 
Oleh sebab inilah kita perlu melabur untuk tempoh 5 tahun ke atas bagi menyerap atau mengambil balik duit servis caj yang telah ditolak tadi melalui keuntungan pelaburan dan dividen tahunan. Namun tidak semua dana dalam unit amanah ini memerlukan masa sehingga 5 tahun untuk mendapatkan balik servis caj tadi. Ada juga yang tak sampai setahun sudah dapat ambil balik kos servis caj tadi.
 
Jadi diharapkan para pelabur sekalian semakin faham dengan tujuan pelaburan jangka masa panjang yang disyorkan dalam pelaburan unit amanah ini. 
 
p/s servis caj hanya dikenakan semasa mula – mula melabur atau menambah pelaburan tetapi jika ingin mengelurkan wang, tiada caj dikenakan…
 
sekian terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan