Senarai Blog Saya

Jumaat, 4 Oktober 2013

FAKTA PENTING LEMAK DIPERUT

10 Fakta Penting Tentang Lemak Di Perut 



 
Tahukah anda bahawa lemak di perut adalah jenis lemak terburuk yang pernah ada? Semak fakta penting yang lain mengenai lemak di perut seperti yang dilansir dari Shine Yahoo(25/06) berikut ini.

Lemak terburuk
Mengapa lemak di perut tergolong sebagai lemak terburuk? Hal itu kerana lemak di perut mengusir segala jenis protein dan hormon sehingga memburukkan seluruh keadaan, seperti meningkatkan kolesterol, gula darah, dan tekanan darah.

Bukan hanya masalah kalori
Di dalam sebuah kajian, dua orang mengambil jumlah kalori yang sama tetapi jenis makanan berbeza. Hasilnya, jenis makanan gandum lebih ampuh merampingkan bahagian perut. Jadi urusan lemak di perut bukan hanya masalah jumlah kalori, tetapi juga jenis makanan yang diambil.

Bumbu tertentu hilangkan lemak
Sebuah kajian telah membuktikan 1-2 sudu teh cuka epal atau kesan plasebo setiap hari mampu menghilangkan lemak di perut diiringi dengan diet sihat yang rutin.

Duduk mencetuskan lemak di perut
Jika anda tidak ingin lemak berkumpul di perut anda, maka sebaiknya anda rajin melakukan olahraga secara rutin. Sebab duduk terlalu lama dalam waktu tertentu mencetuskan timbunan lemak di perut.

Jalan kaki belum tentu usir lemak di perut
Walaupun anda sering jalan kaki, ternyata itu belum cukup jika anda ingin mengusir lemak di perut. Sekali lagi, sukan rutin lebih diperlukan, terutama senaman aerobic.
Pengaruh teh hijau
Semasa ke semasa, diet, anda juga digalakkan meminum teh hijau secara teratur. Kandungan catechin dalam teh hijau bersifat membakar kalori sehingga perut anda akan menjadi cepat ramping.

Kurangkan menonton televisyen
Sebuah penelitian membuktikan orang-orang yang mematikan televisyennya lebih cepat daripada jadual menonton biasanya akan membantu mengurangkan lemak di perut. Hal itu kerana kesempatan duduk berkurang dan membuat mereka melakukan aktiviti lain yang lebih aktif.

Stres picu lemak di perut
Anda boleh saja menyalahkan keluarga, atasan, rakan kerja, atau jiran yang membuat anda stres. Sebab stres ternyata juga menjadi salah satu punca pengumpulan lemak di perut.

Jangan mengukur dengan timbangan
Cara efektif mengetahui apakah perut anda berlemak atau tidak adalah dengan menggunakan meter, bukan timbangan.

Makan banyak tidak sebabkan lemak terkumpul
Para ahli menyarankan agar anda mengambil makanan dalam jumlah yang kecil enam kali sehari daripada dua kali sehari dalam jumlah yang besar. Sebab hal tersebut efektif menjaga lemak jauh dari perut langsing anda.

Demikian fakta menarik mengenai lemak di perut. Jika anda juga mempunyai lemak di bahagian perut, sebaiknya anda jangan menyerah jika memang ingin menyingkirkannya.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan